suria

Pembaca Majoriti berbelanja di Secret Recipe dapat diskaun 15 peratus

Chung Eng Lee (kiri) bersama Patrick Sim (kanan) menunjukkan replika produk masing-masing sebagai simbolik kerjasama.

BERITA baik dan ‘enak didengar’ buat pembaca Majoriti! Anda berpeluang menikmati diskaun eksklusif apabila berbelanja di Secret Recipe.

Melalui kerjasama baharu antara Majoriti dan Secret Recipe, pembaca akan menikmati potongan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan bil dengan pembelian minimum RM35.

“Secret Recipe ialah jenama tempatan yang digemari ramai, terkenal dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

"Sebagai salah sebuah rangkaian kafe terkemuka di negara ini, Secret Recipe akan terus terlintas di fikiran apabila kita memikirkan tentang kek yang lazat untuk meraikan hari atau majlis istimewa.

"Dengan rangkaian luas kek gourmet dan makanan kafe yang lazat, Majoriti sangat teruja dapat bekerjasama dengan Secret Recipe untuk menghargai pembaca kami,” kata Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee.

Eng Lee berkata, Secret Recipe adalah satu jenama yang wajar dikagumi kerana sentiasa mencari kaedah inovatif untuk kekal segar dan terkini dalam apa sahaja yang ditawarkan mereka.

Tambahnya, Majoriti pula adalah sebuah portal yang sentiasa menawarkan berita paling relevan dan terkini kepada pembacanya dan kerjasama dengan jenama terkemuka ini dilihat cara terbaik untuk memberi lebih faedah kepada pengguna.

"Portal ini berusaha untuk sentiasa menyajikan kandungan yang tepat dan relevan dengan apa yang dikehendaki dan diperlukan oleh pembaca."

"Sungguh mengagumkan apabila jenama kukuh dan terkemuka seperti Secret Recipe sentiasa memperkenalkan cara baharu untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna mereka,” katanya.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan Secret Recipe, Patrick Sim berkata dunia digitalisasi kini memerlukan kerjasama dengan pelbagai pihak supaya lebih ramai pengguna mendapat manfaat.

“Dalam era digital hari ini, kerjasama dengan pelbagai platform adalah penting untuk kami dalam usaha untuk terus melibatkan pelanggan sekali gus dapat memanfaatkan platform masing-masing.

“Wujudnya kerjasama dengan portal berita utama seperti Majoriti, pelanggan dapat menikmati lebih banyak faedah daripada perbelanjaan mereka seterusnya mendorong lebih banyak trafik untuk premis-premis kami,” kata Sim.

Majoriti, portal berita Bahasa Malaysia baharu memberi fokus dalam menyediakan laporan mengenai hal ehwal semasa dan sentiasa memberi nilai tambah kepada pelanggan bersama rakan kongsi strategiknya.

Tampil dengan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisar tentang penyediaan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai.

Majoriti giat bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk mengembangkan tawaran masing-masing.

Rakan kongsi sedia ada termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), AEON Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd, Yoodo, Petronas Dagangan Berhad (PRYSM), Samsonite (Malaysia) Sdn Bhd, hotel-hotel di bawah IOI Properties Group Berhad dan lain-lain yang akan diumumkan kelak.

Langkah-langkah menebus diskaun:

Langkah 1: Layari https://bit.ly/SRGOxMajoriti.

Langkah 2: Muat turun aplikasi Secret Recipe di App Store atau Google Play Store.

Langkah 3: Log masuk atau mendaftar akaun dengan Secret Recipe.

Langkah 4: Pilih ikon ‘SR Go’ di halaman ‘Home”.

Langkah 5: Pilih antara ‘Pick Up’ atau ‘Delivery’. Jika anda membuat pilihan ‘Pick Up’, sila pilih lokasi atau outlet pilihan anda. Jika anda membuat pilihan ‘Delivery’, sila masukkan alamat penghantaran.

Langkah 6: Buat pilihan menu dan tambah ke troli.

Langkah 7: Masukkan butiran yang diperlukan.

Langkah 8: Masukkan kod promo yang SRMAJORITI15 sebelum daftar keluar.

Langkah 9: Lengkapkan pembayaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain