suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terjun bangunan ketika api sedang marak, mangsa kebakaran patah tangan dan kaki

Mangsa patah tangan dan kaki dalam kejadian itu.

MALANG nasib lelaki ini apabila dia cedera ketika menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran di Klang, Selangor pada Sabtu.

Mangsa patah tangan dan kaki apabila terjun dari tingkat tiga sebuah rumah kedai untuk menyelamatkan diri, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.

“Bomba menerima panggilan dan tiba di tempat kejadian di Taman Bunga Melor pada jam 9.52 pagi.

"Api menyambar tingkat satu bangunan itu dan membakar 80 peratus daripadanya," katanya.

Beliau berkata, 13 warga asing termasuk lelaki yang cedera tinggal di bangunan itu.

"Lelaki itu telah melompat sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian. 12 yang lain telah dipindahkan dengan selamat," katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain