suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki cari udang di kawasan sungai jumpa mayat tergantung pada dahan pokok

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat.

LAIN yang dicari, lain yang ditemui.

Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki yang menemui mayat tergantung pada dahan sebatang pokok pada pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjun bangunan ketika api sedang marak, mangsa kebakaran patah tangan dan kaki

Lelaki itu menemui mayat berkenaan ketika dia keluar untuk mengail udang di kawasan sungai di Kuala Selangor.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.31 pagi, hari ini.

“Kami menghantar sebuah jentera bomba, van utiliti serta tujuh anggota bomba ke tempat kejadian.

“Mereka tiba dan menemui mayat lelaki dipercayai berusia 40-an tersangkut pada dahan pokok di sepanjang sungai Kuala Selangor,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba dibantu bot nelayan tempatan dan berjaya mengeluarkan mayat lelaki tersebut.

“Mayat dibawa ke jeti Kampung Kuantan sebelum diserahkan kepada polis.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat,” katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain