suria

Lelaki pulang menunaikan umrah positif Covid-19, 10 lagi individu turut dijangkiti

Kluster Millenium Saudi setakat ini menyaksikan 11 orang dijangkiti dan menjalani kuarantin serta rawatan.

KLUSTER baharu virus Covid-19 membabitkan individu baru pulang menunaikan umrah di Arab Saudi telah dikesan di Sandakan, Sabah pada Rabu.

Kluster Millenium Saudi setakat ini menyaksikan 11 orang dijangkiti dan menjalani kuarantin serta rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 3,519 kes baharu Covid-19

Menteri yang mengawal hal ehwal Covid-19 di Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster itu bermula daripada seorang lelaki yang didapati positif virus itu apabila keputusan ujian calitannya keluar pada Jumaat lalu.

“Lelaki ini telah menjalani ujian swab PCR di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dia terus pulang ke Sandakan menaiki penerbangan domestik.

“Dia kemudiannya menjalani kuarantin kediaman di Sandakan. Pada 17 Disember, keputusannya kembali positif,” katanya.

Pengesanan kontak rapat ke atas kumpulan jemaah haji dan kenalan rapat mereka mendapati 10 lagi didapati positif, kata Masidi ketika mengumumkan kes harian Covid-19 di Sabah.

Negeri itu mencatatkan sedikit peningkatan kes iaitu 202 pada Selasa, lebih 46 kes berbanding Isnin. -The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain