suria

Sayu lihat derita mangsa banjir... Tourism Selangor hulur bantuan buat penduduk terkesan

Seramai 20 kakitangan Tourism Selangor telah mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir di daerah yang terlibat kali ini.

TRAGEDI banjir yang melanda sebahagian negeri dalam Malaysia sejak beberapa hari lalu ternyata meruntun hati netizen.

Selain titipan doa dan kata-kata semangat menerusi media sosial, ramai yang mengambil kesempatan untuk turun padang bagi menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir: 50 jalan di Selangor terjejas

Terbaharu, Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan lebat tempoh hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad, pihaknya prihatin dengan situasi yang melanda Selangor yang mana ia turut memberi kesan terhadap sektor pelancongan negeri itu.

6

Sebanyak 500 pek makanan ‘Kejap’ turut diagihkan kepada mangsa banjir sekitar Selangor.

"Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan bencana banjir yang melanda negara, khususnya negeri Selangor.

"Secara tidak langsung bencana banjir ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan di negeri ini, namun saya berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat," ujarnya.

Menerusi inisiatif murni itu, seramai 20 kakitangan Tourism Selangor telah mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir di daerah yang terlibat kali ini.

Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada kakitangan Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas.

Selain itu, pihak Tourism Selangor turut berkolaborasi dengan pihak Aliments dan telah mengagihkan 500 pek makanan daripada pek makanan ‘Kejap’ kepada mangsa banjir di Daerah Hulu Langat yang merangkumi kawasan Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain