suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir: Mayat wanita ditemui di tingkat bawah flat

Bomba mengusung mayat ditemukan di tingkat bawah sebuah flat di Taman Permata, Dengkil.

MAYAT seorang wanita berusia 50an ditemui di tingkat bawah sebuah flat di Taman Permata, Dengkil pada Isnin.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, mangsa dipercayai lemas akibat banjir.

"Mayat ditemui kira-kira pukul 8.20 pagi Isnin (20 Disember) dengan paras air sedalam kira-kira dua kaki," katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, punca kematian masih dalam siasatan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain