suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 11,332 kes baharu Covid-19, Sarawak kembali rekod kes harian tertinggi

Sarawak kembali mendahului senarai kes harian tertinggi dengan catatan sebanyak 2,358 kes pada Selasa

KES positif baharu Covid-19 di Malaysia pada Selasa direkodkan kembali meningkat kepada 11,332 kes pada Rabu berbanding 10,959 kes, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan kes bertambah kepada 2,220,526 kes setakat ini.

Perkembangan baharu ini dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Sarawak kembali merekodkan jumlah kes tertinggi apabila merekodkan 2,358 kes, diikuti Johor (1,319), Selangor (1,231), Kelantan (1,088), Sabah (965), Pulau Pinang (895), Kedah (819) dan Perak (678).

Negeri-negeri lain pula masih mencatatkan rekod di bawah 1,000 kes iaitu Pahang 677 kes, diikuti Terengganu (629), Melaka (303), Kuala Lumpur (240) dan Negeri Sembilan (89).

Tiga negeri merekodkan angka dua digit, Perlis 19 kes, Putrajaya (19) dan Labuan (3).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain