suria

Tempoh pembaharuan lesen memandu, cukai jalan dilanjutkan sehingga 31 Disember

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong bercakap ketika sidang media pada hari pertama beliau memulakan tugas di Kementerian Pengangkutan hari ini. Foto: BERNAMA.

TARIKH tutup pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Dr Wee Ka Siong.

Dengan pelanjutan itu, orang ramai tidak perlu gusar sekiranya apa-apa tindakan akan diambil terhadap mereka yang mempunyai lesen memandu Malaysia yang sudah tamat tempoh oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

“Pemandu kenderaan dengan cukai jalan yang sudah habis tempoh mesti memastikan bahawa insurans kenderaan mereka sah.

"Mereka mesti menunjukkan nota e-cover insurans mereka untuk diperiksa oleh pihak berkuasa," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Pada Ogos, JPJ memaklumkan bahawa semua pengguna jalan raya mesti memperbaharui lesen mereka pada 30 September dan pemeriksaan pematuhan dan penguatkuasaan akan bermula 1 Oktober.

Lesen ini merangkumi Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Bermotor (LKM atau cukai jalan), Lesen Memandu Barang (GDL) dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Tambah Dr Wee, mangsa banjir di Yan, Kedah yang mana dokumen JPJ milik mereka telah musnah akan diberi ganti secara percuma.

Bagaimanapun, mereka yang terlibat mesti membuat laporan polis terlebih dahulu dan membawanya bersama ke kaunter JPJ untuk pengesahan.

Bayaran gantian untuk lesen memandu adalah RM20, cukai jalan untuk kereta (RM50) dan motosikal (RM20). - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain