suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meningkat semula... Malaysia rekod 20,988 kes Covid-19

Sabah menjadi negeri keempat tertinggi dengan catatan kes sebanyak 2,329 kes harian pada Khamis.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 20,988 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,786,004 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 262,540 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,073, diikuti Sarawak 2,992 dan Kedah 2,455.

Manakala Sabah pula menjadi negeri keempat tertinggi dengan 2,329 kes, diikuti Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600), Kelantan (1,247), Perak (990), Terengganu (987), Kuala Lumpur (731), Pahang (599) dan Melaka (407).

Negeri Sembilan merekodkan 301 kes disusuli Perlis, 90, Putrajaya, 37 dan Labuan, 37.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 249 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,191 kes," katanya, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 23,473 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,506,273 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,001 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 470 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia