suria

Covid-19: 19,378 jangkitan baharu di seluruh negara, 330 angka korban

Sebanyak 19,378 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 19,378 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,805,382 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 259,189 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 19,378 kes baharu yang dilaporkan, 19,364 kes merupakan penularan tempatan manakala 14 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Meningkat semula... Malaysia rekod 20,988 kes Covid-19

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,613 kes diikuti Sarawak (2,464), Sabah (2,404), Johor (2,331) dan Pulau Pinang (1,726).

Perlis merekodkan 80 kes manakala Labuan merekodkan empat kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 330 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,521 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 22,399 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,528,672 kes.

"Sehingga kini, terdapat 975 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 463 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain