suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga hari berturut-turut pecah rekod, 23,564 kes baharu dicatatkan

Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes baharu apabila kes jangkitan harian sekali lagi cecah angka tertinggi.

MALAYSIA sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 apabila 23,564 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,513,024 kes.

Negara terus mencatatkan peningkatan kes baharu 22,242 kes dicatatkan pada Rabu dan sebanyak 22, 948 kes pada Khamis.

Selangor kekal tertinggi dengan 6,974 kes diikuti Sabah (2,738) dan Sarawak (2,548).

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak jual, siapa nak boleh ambil” - Selepas tanam sayur di laman rumah untuk sedekah, 2 jejaka bujang tak sangka dapat permintaan lain

Manakala Kedah keempat tertinggi dengan catatan 1,932 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523), Johor (1,323), Perak (1,248), Kelantan (1,281), Melaka (610), Negeri Sembilan (608) dan Terengganu (521).

Selain itu, Pahang merekodkan 517 kes, disusuli Perlis (64), Putrajaya (24) dan Labuan (1).

Dalam pada itu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 178 kes kematian baharu direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 13,480 kes.

Jumlah pesakit sembuh pula adalah seramai 21,720 orang manakala 1,060 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 528 memerlukan alat bantuan pernafasan.

​​​Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kes baharu Covid-19, KKM

Artikel Lain