suria

Chat tak berbalas... Interpol diminta bantu kesan Caprice, Nadir

Pihak polis sudah menghubungi melalui chat tetapi tidak di balas.

PENYANYI rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman perlu dikesan untuk membantu siasatan satu kes dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

"Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.

"Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya.

Katanya, kedua-dua individu berkenaan diminta berhubung dengan polis bagi tujuan siasatan.

"Kita minta kedua-dua individu ini beri kerjasama, untuk rakam percakapan, sebab semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.

"Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin," katanya.

Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain