suria

Kecoh PPV KLCC sesak, polis dedah punca dibanjiri warga asing

PPV KLCC dibanjiri ribuan warga asing.

TINDAKAN segelintir majikan menghantar pekerja asing mereka tidak mengikut janji temu merupakan punca ribuan warga asing membanjiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Polis mengesahkan kejadian yang berlaku di PPV KLCC seperti yang dipaparkan dalam klip video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku apabila sesetengah majikan menghantar pekerja mereka tidak mengikut janji temu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan dihantar ke PPV KLCC.

"Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan kejadian ribuan warga asing beratur sepanjang kira-kira lebih dari satu kilometer di hadapan PPV KLCC. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain