suria

Tertinggi! Malaysia rekod 17,045 jangkitan baharu Covid-19, kes keseluruhan lepasi sejuta

Malaysia merekodkan 17,045 kes baharu Covid-19 pada Ahad.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 17,045 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad, sekali gus menjadi angka tertinggi sejak pandemik Covid-19 dikesan di negara ini.

Perkembangan ini menjadikan jumlah kes keseluruhan melepasi tujuh angka apabila mencatatkan 1,013,438 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 160,903 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 15,902 jangkitan baharu

Daripada 17,045 kes baharu yang dilaporkan, 17,039 kes merupakan penularan tempatan dan enam kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 8,500, diikuti Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216) dan Johor (950).

Perlis pula merekodkan 10 kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 92 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,994 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 9,683 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 844,541 kes.

"Sehingga kini, terdapat 970 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 501 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain