suria

Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000 di bawah i-Citra - PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dibawah progra, i-Citra ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

AHLI Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan di bawah program baharu yang akan diperkenalkan iaitu i-Citra.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada Isnin berkata kerajaan melihat kesan positif program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik yang terdahulu telah diperkenalkan untuk membantu rakyat mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19.

"Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini, Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini.

"Maka dengan itu, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

"Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli," katanya,

ARTIKEL BERKAITAN : 5,218 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

ARTIKEL BERKAITAN : Bakal doktor sanggup ulang alik jaga mak walau sibuk belajar! Ibu hidap strok gagal tahan air mata lihat anak bongsunya nikahi jejaka Yaman


Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan rm30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Menurutnya walaupun sedar simpanan KWSP ini adalah simpanan hari tua rakyat namun penyelesaian i-Citra ini mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain