suria

Lepasi angka 9,000! Malaysia catat 9,020 jangkitan baharu, tertinggi sejak Covid-19 melanda negara

Malaysia merekodkan 9,020 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

DIKEMASKINI

KES baharu positif Covid-19 pada Sabtu telah melepasi angka 9,000 apabila merekodkan sebanyak 9,020 kes.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 558,534 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 76,218 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencanak ke 8,290 kes! Jangkitan harian tertinggi sejak Covid-19 melanda negara

Daripada 9,020 kes baharu yang dilaporkan, 9,015 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,836 kes, diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789) dan Sarawak (726).

Perlis pula merekodkan dua digit kes pada hari ini dengan 19 kes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 98 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,650 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 5,527 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 479,666 kes.

"Sehingga kini, terdapat 844 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 430 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain