suria

Semua acara sambutan Hari Keputeraan Agong ditangguh

Kesemua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

SEMUA acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ditangguhkan.

Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu dibuat atas titah perkenan baginda setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum untuk melindungi nyawa rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan Hari Keputeraan Agong dipinda kepada 8 Jun

"Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan wabak Covid-19 sekali gus demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih buruk.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kesemua acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Istana Negara hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan lagi, walau bagaimanapun tarikh 7 Jun depan tetap diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Ini merupakan kali kedua semua acara sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain