suria

Sambutan Hari Keputeraan Agong dipinda kepada 8 Jun

Hari Keputeraan Rasmi baginda yang dipinda kepada 8 Jun diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

KERAJAAN bersetuju bahawa sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi tahun 2020 dipinda daripada Sabtu (6 Jun) kepada Isnin bersamaan 8 Jun 2020.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong, Tunku Azizah sweet pimpin, hayun tangan turun pentas... ‘relationship goals’ kata Puteri Afzan, siap ada yang bagi idea buat majlis kahwin!

"Kerajaan juga telah bersetuju supaya mulai tahun 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Hari Keputeraan Rasmi Baginda adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

"Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am," katanya. - BERNAMA

Agong, Hari Keputeraan

Artikel Lain