suria

Mencanak ke 8,290 kes! Jangkitan harian tertinggi sejak Covid-19 melanda negara

Sebanyak 8,290 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 8,290 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, sekaligus mencatatkan kes harian paling tinggi setakat ini.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 549,514 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 72,823 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rekod lagi! 7,857 jangkitan baharu Covid-19

Daripada 8,290 kes baharu yang dilaporkan, 8,288 kes merupakan penularan tempatan dan baki dua kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,052 kes, diikuti Kelantan (851), Kuala Lumpur (830) dan Johor (762).

Perlis pula merekodkan lapan kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 61 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,552 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 4,814 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 474,139 kes.

"Sehingga kini, terdapat 808 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 403 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain