suria

Sumbangan 2 juta vaksin: Polis rakam keterangan Yong Chee Kong

Polis memanggil individu dikenali sebagai Yong Chee Kong bagi membantu siasatan ekoran dakwaan sumbangan vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang. -gambar hiasan

POLIS merakamkan individu yang dikenali sebagai Yong Chee Kong berhubung dakwaan membabitkan tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 kepada kerajaan Pulau Pinang.

Chee Kong meninggalkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada pukul 2 petang Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan individu berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Penderma' vaksin kerajaan Pulau Pinang enggan tunjuk bukti - Khairy

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Yong Chee Kong tiba-tiba ungguli carian di Google... siapa ‘penderma’ misteri nak derma 2 juta dos vaksin Covid-19 kepada P.Pinang?

Siasatan tersebut berkaitan dengan laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang.

Sejak Rabu, nama Yong Chee Kong tiba-tiba menjadi terkenal dan mencatatkan jumlah carian tertinggi di Internet.

Rakyat Malaysia ingin mengetahui gerangan 'individu misteri' itu yang dilaporkan menawarkan untuk menyumbang dua juta dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pencarian namanya di Google Trends, sebuah laman web oleh syarikat teknologi yang menganalisis populariti carian teratas dalam 'Google Search' di pelbagai wilayah menunjukkan bahawa perkataan 'Yong Chee Kong' mencatat lonjakan populariti di Malaysia sejak Rabu. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain