suria

Malaysia catat 1,300 kes baharu, 5 lagi korban akibat Covid-19

Malaysia merekodkan 1,300 kes positif Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,300 kes baharu, menjadikan keseluruhan 353,329 kes setakat Selasa.

Daripada 1,300 kes baharu yang telah dilaporkan, 24 merupakan kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Notifikasi janji temu fasa kedua suntikan vaksin Covid-19 bermula hari ini - Khairy

Antara negeri dengan kes jangkitan harian tertinggi termasuklah Sarawak dengan 385 kes diikuti Selangor (242), Kelantan (126) dan Sabah (112).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,300 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan lima kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,300 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 1,412 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 337,868 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 189 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 88 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain