suria

Akhbar The Star sambut ulang tahun ke-50! Rebut peluang sertai pelbagai aktiviti dan menangi banyak hadiah best sepanjang 2021

Star Media Group (SMG) meraikan ulangtahun yang ke-50 dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini.

BERSEMPENA sambutan ulang tahun ke-50 The Star pada 9 September 2021, Star Media Group (SMG) bakal meraikannya sepanjang tahun ini dengan menyediakan pelbagai hadiah, ganjaran menyeronokkan serta kandungan menarik khusus buat pembaca.

Mengangkat tema '50 Years of Shaping the Nation Together', SMG mengambil peluang ini untuk mengembalikan warisan The Star yang menjadi pilihan pembaca dan perkembangannya yang progresif dalam menjadi sebuah organisasi multimedia terkemuka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star (SMG) Alex Yeow berkata, tema itu adalah gambaran bagaimana The Star telah menjadi sebahagian daripada masyarakat selama bertahun-tahun dengan menjangkau jutaan pembaca menerusi platform cetakan dan digital sehingga ia terus menjadi pilihan utama rakyat.

"Sebelum saya menyertai sebagai CEO Kumpulan 10 hari lalu, saya sentiasa mengagumi The Star terhadap nilai-nilai dipegangnya selama lima dekad dalam mematuhi integriti editorial yang tinggi dan penuh bertanggungjawab dalam setiap kandungannya.

"Akhbar ni telah berperanan dalam membuka jalan bagi Industri 4.0 yang memperlihatkan ia sejak itu telah bergerak ke arah digital.



Pemandangan KLCC... Antara tetamu yang menghadiri sambutan jubli emas Kumpulan Star Media yang diadakan di Hotel W di ibu negara pada malam Khamis.

"Dalam misi The Star untuk memperkayakan kehidupan, memupuk masyarakat yang kuat dan mendorong kemajuan dalam semua aspek, ia berkembang menjadi Star Media Group - sebuah organisasi multimedia dengan kekuatan luar biasa," katanya.

Yeow berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Ulang Tahun Star50 yang diadakan di W Hotel, Khamis malam.

Dalam pada itu, Yeow berkata, pelbagai platform digital seperti mStar, R.AGE, Dimsum Entertainment, stesen radio 988, Suria serta pelbagai penganjuran acara telah lama dilakukan di SMG yang masing-masing telah mencapai kejayaan dan menjangkau capaian khalayak yang luas dalam dan luar negara.

"Tiga perkataan yang membimbing SMG dalam perjalanannya sebagai sebuah entiti multimedia - 'Inform, Inspire and Innovate' yang menjadi penunjuk arah dalam memastikan kami terus memberikan kandungan boleh dipercayai, relevan dan penyelesaian inovatif dalam mewujudkan interaksi bermakna dengan pihak berkepentingan kami," katanya.

Sementara itu, bagi meraikan sambutan jubli emas The Star, Yeow turut melancarkan laman web khas, 50.thestar.com.my yang menghimpunkan pelbagai aktiviti serta sorotan untuk pembaca bersempena ulangtahun tersebut.

Menerusi laman web ini, pembaca boleh mengenali The Star dengan lebih dekat menerusi pelbagai paparan arkib sejak isu pertama The Star dikeluarkan pada 1971.

Pembaca juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang tahun ini selain mengimbau pelbagai kenangan dan peristiwa yang dihimpunkan dalam laman web tersebut termasuklah;



Laman web Star50 yang menghimpunkan pelbagai arkib yang mengembalikan nostalgia untuk tatapan pembaca.

1. Starchive

Pembaca boleh melayari laman web Star50 untuk merasai pengalaman Starchive di mana ia menghimpunkan lebih dari 17,000 muka depan The Star daripada isu pertama yang dikeluarkan pada 1971.

Bagi menjadi pengalaman itu lebih menarik, pembaca boleh memasukkan tarikh lahir, ulangtahun perkahwinan atau tarikh istimewa yang lain untuk melihat apa yang berada di muka depan pada hari tersebut.

Jika anda menemui muka depan yang anda sukai, ia boleh dijadikan sebagai cenderahati untuk simpanan dan kenang-kenangan.

2. Then & Now

Memberi penghargaan terhadap kerjasama bersama SMG, ruangan Then and Now di Star50 membolehkan pembaca untuk mengimbau kembali iklan klasik yang pernah disiarkan dan melihat perkembangan produk-produk seperti Kuntum, Milo, Volvo, Amway dalam bentuk multimedia.

3. From The Dark Room

Terokai From The Dark Room, iaitu koleksi gambar ikonik dan tidak boleh dilupakan yang dibidik oleh jurugambar The Star sejak 1970-an.

4. Star50 Stories

Pembaca juga dihidangkan dengan pelbagai kandungan yang mengimbau kenangan seperti wawancara dengan personaliti dan ahli sukan Malaysia yang ikonik di semua platform SMG seperti akhbar, radio, video dan digital.

5. Hadiah dan ganjaran

Sebagai tanda terima kasih kepada semua pembaca dan pengikut, pihak SMG akan melancarkan pelbagai hadiah dan ganjaran bermula dengan pemberian Star50 Subscribe & Win.

Langgan atau perbaharui langganan akhbar The Star, ePaper atau Digital Bundle sehingga 31 Mei ini untuk berpeluang memenangi iPhone 12 mini, 55” 4K Smart TV, 14” laptop dan sebagainya.

Sebagai salah satu bentuk penghargaan, SMG turut memberi potongan sebanyak RM50 daripada pelan langganan setahun The Star, menarik bukan?

Bagi pelanggan sedia ada untuk semua jenama SMG - The Star, Dimsum Entertainment dan Majalah Kuntum, pelbagai hadiah menarik akan terus dihantar ke rumah anda menerusi program StarTreats.

Dimsum Entertainment, Majalah Kuntum dan stesen radio Suria dan 988 juga akan mengadakan pelbagai program menarik termasuk peluang memenangi hadiah menarik menerusi pelbagai peraduan sepanjang tahun ini.

6. Acara menarik

SMG juga akan menganjurkan pelbagai acara istimewa dan webinar sepanjang tahun ini - daripada forum perniagaan dan industri seperti DigitalxData dan EduWork termasuk webinar mengenai kesihatan dan kecergasan serta pelbagai topik menarik.

Apa tunggu lagi, layari 50.thestar.com.my untuk menyertai keseronokan dan pelbagai informasi menarik

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain