suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut motosikal rempuh babi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh seekor babi hutan.

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor babi hutan dekat Jalan Bandau, Membakut, dekat Beaufort di Sabah, pada Jumaat.

Ketika kejadian pada kira-kira 7.15 malam, mangsa dikenal pasti sebagai Satia Yusup, 45, sedang menunggang motosikal ke Kg Bandau dari bandar Membakut.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Razak berkata, Satia tidak dapat mengawal motosikalnya ketika babi hutan tersebut melintas jalan sebelum merempuhnya.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.45 pagi Sabtu di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu ketika menerima rawatan," katanya.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada babi hutan tersebut mati dalam nahas itu. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain