suria

Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara - PM

Muhyiddin menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Tun Rahah.

KERAJAAN memutuskan supaya Allahyarham Tun Rahah Mohd Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara.

Menerusi satu kenyataan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bonda saya sudah tiada” - Ibu Najib, Tun Rahah meninggal dunia pada usia 87 tahun

Muhyiddin dalam pada itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seluruh keluarga di atas pemergian ibunya.

"Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Najib Tun Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Tun Rahah.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah," katanya.

Muhyiddin pada Khamis berkesempatan meluangkan masa menziarahi Allahyarhamah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Tun Rahah, 87, menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan, Jumaat petang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain