suria

PKPB di Selangor, KL dan Sabah dilanjutkan hingga akhir tahun - Ismail Sabri

PKPB di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur yang sepatutnya berakhir pada 20 Disember ini bagaimanapun dilanjutkan sehingga 31 Disember. Foto: Bernama

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor dikecualikan daripada perintah itu.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan ketara kes positif Covid-19 yang direkodkan sehingga Khamis.

"Sebanyak 22,931 kes positif Covid-19 direkodkan di Selangor, manakala 9,426 kes bagi Kuala Lumpur sehingga semalam (Khamis).

"Sebanyak 33,823 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh Sabah dalam tempoh 14 hari.

"Oleh itu, atas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan," katanya dalam sidang media harian Covid-19, pada Jumaat.

Untuk rekod, PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah sepatutnya berakhir 20 Disember ini.

Di negeri lain, Ismail Sabri berkata PKPB juga telah dilanjutkan hingga 31 Disember untuk daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan serta daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai di Johor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain