suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dengar keluhan ramai... Ismail Sabri umum mulai esok kedai makan, bisnes di kawasan PKPB beroperasi hingga 12 tengah malam

Semua aktiviti perniagaan termasuk kedai makan di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 malam mulai Selasa. -gambar hiasan/foto Bernama

PENIAGA di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh menarik nafas lega apabila semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam, bermula Selasa.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media, petang Isnin.

"Saya mendapat aduan daripada netizen, ramailah yang membuat aduan, persatuan-persatuan restoran buat aduan terutama bagi masyarakat Islam kerana mereka biasanya keluar selepas Isyak. Jadi pukul 9 (malam) baru berada di restoran, pukul 10 (malam) restoran dah ditutup.

"Jadi kesan kepada peniaga dan sebagainya memang tinggi, besar. Mesyuarat membincangkan perkara ini dan bersetuju untuk membenarkan pembukaan restoran dan perniagaan-perniagaan lain sehingga pukul 12 tengah malam seperti kedai serbaneka, stesen minyak dan kedai runcit," katanya.

Terdahulu, semua aktiviti perniagaan di kawasan PKPB perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjalankan operasi sehingga pukul 10 malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain