suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhatian! Sesiapa hadir kenduri di Kampung Chengal, Ketereh sila jalani ujian saringan Covid-19

Orang ramai yang menghadiri kenduri di Kampung Chengal, Ketereh, Ahad lalu diminta menjalani ujian Covid-19 susulan seorang tetamu di majlis berkenaan disahkan positif wabak itu. Gambar hiasan

MAJLIS kenduri di Kampung Chengal, Ketereh pada Ahad lalu telah mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin menasihatkan mana-mana pihak yang menghadiri kenduri berkenaan supaya menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan.

Katanya, langkah tersebut susulan seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan disahkan positif wabak itu.

“Kita harap orang ramai yang hadir ke majlis tersebut buat saringan di klinik berhampiran memandangkan pihak kami telah mengenal pasti seorang tetamu yang hadir pada majlis tersebut positif Covid-19 selepas membuat saringan.

“Buat masa ini kita masih menyiasat maklumat lanjut berkenaan kontak rapat dan kluster yang terlibat dengan individu tersebut, ” katanya kepada Sinar Harian di Kota Bharu.

Sehingga jam 12 tengahari, sebanyak lapan kes jangkitan Covid1-9 dicatatkan di Kelantan semalam melibatkan empat daerah utama iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Kota Bharu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain