suria

Malaysia catat 1,096 kes, Selangor masih rekodkan jumlah tertinggi... 3 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 1,096 kes pada Ahad dengan tiga kes kematian. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,096 kes baharu, menjadikan keseluruhan 54,775 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,843 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import dan 1,090 kes adalah merupakan penularan tempatan.

Dua negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada Ahad adalah Selangor iaitu 603 kes, diikuti Sabah yang mencatatkan 311 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor paling tinggi, Malaysia catat 1,041 kes baharu... 3 lagi kematian

Tiga lagi angka korban berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 335 kes," kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 1,104 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 41,597 kes.

"Sehingga kini, terdapat 106 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga kluster baharu dikesan pada Ahad iaitu Kluster Pengkalan Barat (Pulau Pinang dan Perak), Kluster Bakti (Seremban) dan Kluster Bayam Indah (Kulim, Kuala Muda).

Berikut ringkasan kes kematian pada Ahad:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Berkaitan

Artikel Lain