suria

Selangor paling tinggi, Malaysia catat 1,041 kes baharu... 3 lagi kematian

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. - gambar hiasan

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,041 kes baharu, menjadikan keseluruhan 53,679 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,854 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada Sabtu adalah Selangor iaitu 402 kes, diikuti Sabah (346) dan Negeri Sembilan (121).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 958 kes, 3 lagi kematian... 110 pesakit dirawat di ICU

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,041 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.



Butiran kes kematian baharu dicatatkan pada Sabtu.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 332 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 1,405 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 40,493 kes.

"Sehingga kini, terdapat 108 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga kluster baharu dikesan pada Sabtu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain