suria

Covid-19: Malaysia catat 958 kes, 3 lagi kematian... 110 pesakit dirawat di ICU

Malaysia catat 958 kes Covid-19 pada Jumaat.

MALAYSIA merekodkan 958 kes positif Covid-19 pada Jumaat, menjadikan 52,638 kes setakat ini.

Ia melibatkan lima kes import dan 953 kes merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan mula PKPB esok... tamat di Melaka, Terengganu kecuali beberapa daerah di Kedah dan Johor

Tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Sabah dengan 512 kes, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan yang masing-masing melaporkan sebanyak 153 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan tiga kes kematian pada Jumaat, menjadikan keseluruhan 329 kematian setakat ini.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 329 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 956 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 39,088 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 110 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM umum lima kluster baharu pada Jumaat.

Ia melibatkan Kluster Kasir (Sabah), Kluster Sri Jujur (Selangor), Kluster Oad (Negeri Sembilan dan Selangor), Kluster Enggor (Perak) dan Kluster Makmur (Johor).

Berikut perincian kes kematian hari ini:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain