suria

Kelantan mula PKPB esok... tamat di Melaka, Terengganu kecuali beberapa daerah di Kedah dan Johor

PKPB dilaksana di Kelantan bermula esok sehingga 6 Disember.

KELANTAN menjadi negeri terbaharu yang diletakkan di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Sabtu (21 November) sehingga 6 Disember ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Jumaat petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan umum PKPB selama 4 minggu di seluruh Semenanjung kecuali 3 negeri

"Sidang khas hari ini mengumumkan PKPB di seluruh Kelantan bermula 21 November ini sehingga 6 Disember depan.

"Ia bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan bersasar dan mengawal pergerakan di negeri itu," ujarnya.

Dalam sidang media sama, Ismail mengumumkan PKPB yang dikuatkuasakan di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan bermula esok.

Bagi Kedah, PKPB ditamatkan di seluruh negeri kecuali daerah Kulim.

Bagi Johor pula, PKPB turut ditamatkan di seluruh negeri kecuali daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Ia susulan penilaian risiko oleh KKM yang melihat kes positif di empat negeri berkenaan kini semakin menurun dan terkawal.

Untuk rekod, kerajaan pada 7 November lalu mengumumkan PKPB di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain