suria

Covid-19: Sabah catat 2 lagi kematian, 563 kes baharu direkodkan... 98 dirawat di ICU

Malaysia merekodkan 563 kes positif Covid-19 pada Isnin.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 563 kes baharu, menjadikan keseluruhan 16,220 kes setakat Isnin.

Daripada 563 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat satu kes import jangkitan luar negara dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PKPB kembali dilaksana di Selangor, KL dan Putrajaya bermula Rabu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 159 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan dua kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 159 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehingga hari ini, 109 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 11,022 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 98 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian dua kematian pada Isnin:

1) Kes-158 melibatkan wanita berusia 85 tahun yang berpenyakit darah tinggi, sakit jantung dan paru-paru kronik. Pesakit meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

2) Kes-159 melibatkan wania berusia 48 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah.

Demikian enam kluster baharu yang diumumkan pada Isnin:

1) Kluster Baiduri (Kuala Lumpur, Selangor)

2) Kluster Bah Perdana (Kuala Lumpur)

3) Kluster Kolong (Sabah)

4) Kluster Bah Tropicana (Selangor)

5) Kluster Rinting (Johor, Melaka)

6) Kluster Bah Kasturi (Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya)

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain