suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Masjid, surau seluruh Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah esok

Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat fardu Jumaat, esok. Foto: Bernama

SEMUA masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat fardu Jumaat, esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata bacaan Qunut Nazilah itu bertujuan memohon kepada Allah SWT agar penduduk Wilayah Persekutuan dan Malaysia dihindari daripada wabak Covid-19.

"Para imam juga digalakkan berqunut nazilah ketika solat subuh setiap hari di masjid dan surau masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Semalam Jawi turut menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut-turut bermula 7 Oktober 2020. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

masjid, surau, Wilayah Persekutuan

Artikel Lain