suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelanggan Fitness First Setia City Mall positif Covid-19, kakitangan bertugas diarah jalani saringan dan kuarantin

Seorang pelanggan Fitness First positif Covid-19. Gambar hiasan

SEORANG pelanggan pusat kecergasan Fitness First, Setia City Mall, Shah Alam disahkan positif Covid-19, lapor Astro Awani.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, pengurusan pusat membeli belah itu memaklumkan semua kakitangan Fitness First yang bertugas diarahkan menjalani saringan Covid-19 dan kuarantin kendiri selama 14 hari.

"Kerja-kerja disinfeksi telah dijalankan pada malam Rabu di premis berkenaan dan pusat beli belah ini seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata kenyataan itu.

Fitness First dalam pada itu telah menggantikan kakitangan baharu bagi memastikan perkhidmatan dapat diteruskan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain