suria

Paling tinggi! 432 kes Covid-19 direkodkan, 429 libatkan jangkitan tempatan

Malaysia merekodkan kes tertinggi setakat ini, dengan 432 kes direkodkan pada Isnin. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan jumlah paling tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 432 kes menjadikan keseluruhan 12,813 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,336 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata daripada 432 kes tersebut, 429 kes adalah kes penularan tempatan yang melibatkan 409 warganegara dan 20 rakyat asing, manakala baki tiga kes lagi adalah kes import melibatkan dua warganegara dan seorang rakyat asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekod 293 kes baharu, dua lagi kluster baharu dikesan

Menurut Dr Noor Hisham, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 137 kes," katanya dalam kenyataan media pada petang Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 57 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,340 kes.

"Sehingga kini, terdapat 32 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lapan kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain