Arahan terbaharu AGC, Bukit Aman akan serah semula kertas siasatan menteri langgar kuarantin

Mohd Khairuddin sebelum ini membuat permohonan maaf kerana melanggar perintah kuarantin di rumah. Foto Bernama

BUKIT Aman akan memperkemaskan lagi kertas siasatan berhubung kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar arahan kuarantin wajib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, beberapa tindakan perlu dilaksanakan susulan arahan terbaharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) apabila kertas siasatan yang diserahkan kepada AGC dikembalikan semula.

"Kita akan melengkapkannya berkenaan dengan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Khairuddin kena kompaun RM1,000 tak patuh SOP

ARTIKEL BERKAITAN: Khairuddin mohon maaf tak patuh SOP, pulangkan 4 bulan gaji

"Kita akan menyerahkan semula kertas siasatan kepada AGC tidak lama lagi," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Rabu.

Polis telah merakam keterangan lebih 10 individu berkaitan dengan kes tersebut.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap Khairuddin pada 7 Ogos kerana melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini memberitahu bahawa polis telah membuka kertas siasatan mengenai Khairuddin kerana tidak mematuhi perintah kuarantin wajib di rumah setelah kembali dari Turki pada 7 Julai. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain