suria

62 kes baharu Covid-19, 59 jangkitan direkodkan di Sabah

Sebanyak 62 kes baharu positif Covid-19 direkod pada Rabu. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 62 kes baharu, menjadikan keseluruhan 10,031 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 668 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 62 kes baharu yang telah dilaporkan, satu kes merupakan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu seorang warganegara Malaysia yang pulang dari negara India.

ARTIKEL BERKAITAN: 23 kes Covid-19 direkodkan, lagi kluster baharu dikesan di Sabah

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 61 kes penularan di dalam negara, 41 kes membabitkan warganegara Malaysia dan 20 kes adalah rakyat asing.

Sabah mencatatkan 59 kes di mana daripada jumlah itu, 48 kes daripada Kluster Benteng; empat kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu; tiga kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia; dua kes saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu; satu kes daripada Kluster Pulau; dan satu kes saringan di Penjara Sandakan.

Kedah mencatatkan satu kes daripada Kluster Sungai; dan Pulau Pinang juga mencatatkan satu kes iaitu kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9397 dan kes ke-9459.

Tambah Dr Noor Hisham, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kematian.

Sehingga hari ini, 26 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,235 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 15 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah

Artikel Lain