suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Afif keluar PKR, sertai Bersatu

Dr Afif Bahardin.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin keluar daripada PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dr Afif berkata dia bertemu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa untuk memaklumkan kepada Presiden Bersatu itu bahawa pada sesi persidangan DUN Pulau PInang, November ini dia akan duduk di kerusi pembangkang.

Umum mengetahui Dr Afif merupakan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada 4 Mac lalu, Dr Afif meletak jawatan Exco Kesihatan Pulau PInang.

Peletakan jawatan itu berlaku selepas bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menegaskan akan kekal dalam parti dan komited kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dr Afif Bahardin, PKR, Bersatu

Artikel Lain