suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes sifar selama 28 hari penanda aras Malaysia bebas Covid-19 - Dr Noor Hisham

Pesakit Covid-19 dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Foto Bernama

PENANDA aras untuk Malaysia bebas daripada Covid-19 adalah mencatatkan kes sifar selama 28 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh 28 hari diperlukan untuk pemantauan bagi kluster Covid-19 yang aktif di negara ini.

"Kalau kita tamatkan satu kluster, kita memakan masa 28 hari pemantauan iaitu dua kitaran inkubasi.

"Jadi, kalau kita menggunapakai pemantauan dan pengawasan untuk tempoh 28 hari, ini bermaksud kalau kita tak ada kes sifar untuk tempoh 28 hari... kita akan isytiharkan bebas daripada Covid-19.

"Itulah yang kita gunakan sebagai penanda aras kita," katanya pada sidang media, petang Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bilakah ujuran sifar Covid-19 di negara ini, berikutan hanya satu warganegara Malaysia yang disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

Setakat ini, terdapat 28 kluster Covid-19 yang aktif di Malaysia.

Antaranya adalah kluster Pedas di Negeri Sembilan, Kg Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor dan syarikat pembersihan di Kuala Lumpur.

Penularan Covid-19 di negara ini setakat Khamis merekodkan 31 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,369 kes.

Daripada 31 kes baharu yang telah dilaporkan, 11 kes merupakan jangkitan import manakala 20 penularan dalam negara dengan 19 melibatkan kes bukan warganegara dan satu kes dalam kalangan warganegara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada pertambahan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 118 kematian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bebas, Covid-19, penanda aras, kluster,

Artikel Lain