suria

31 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini, hanya satu babitkan warganegara Malaysia

Petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kangar menjalankan Ujian Sampel Rongga, Hidung dan Tekak (swab test) bagi saringan Covid-19 kepada petugas yang terlibat sempena Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pada Selasa lalu. fotoBERNAMA

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 31 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,369 kes setakat Khamis.

Daripada 30 kes baharu yang telah dilaporkan, 11 kes merupakan jangkitan import manakala 20 penularan dalam negara dengan 19 melibatkan kes bukan warganegara dan satu kes dalam kalangan warganegara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada pertambahan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 118 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 118 kes," katanya pada sidang harian di Putrajaya, Khamis petang.

Sehingga hari ini, 51 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 7,065 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lima kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

KKM, Dr Noor Hisham, Covid-19

Artikel Lain