suria

19 kes baharu Covid-19 libatkan 11 warganegara Malaysia, tiada kematian dilaporkan

119 kes baharu direkodkan hari ini.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 19 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,322 kes setakat Ahad.

Daripada 19 kes baharu yang telah dilaporkan, enam kes merupakan kes import jangkitan luar negara, 13 penularan tempatan dengan dua kes bukan warganegara dan 11 kes melibatkan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 37 kes baharu Covid-19, wanita 79 tahun jadi korban ke-117

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 117 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 117 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ahad petang.

Sehingga hari ini, 39 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,674 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lima kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain