suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 93 kes baharu Covid-19, angka kematian kekal 115

Terdapat 93 kes baharu Covid-19 pada Rabu.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 93 kes baharu, menjadikan keseluruhan 7,970 kes setakat Rabu.

Daripada 93 kes baharu yang telah dilaporkan, 91 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 kes baharu Covid-19,15 daripadanya jangkitan import

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 115 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 115 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabu petang.

Sehingga hari ini, 61 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,531 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, enam kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain