Covid-19: Selesai kuarantin 14 hari, PM dan 34 pegawai disahkan negatif... boleh mula bertugas esok

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto: Rueters/Lim Huey Teng

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesemua 34 pegawai kerajaan yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet yang sebelum ini dikenakan kuarantin 14 hari di rumah, sudah dibenarkan memulakan tugas di pejabat, pada Khamis (esok).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka menamatkan tempoh kuarantin yang bermula 21 Mei lalu susulan seorang pegawai didapati positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin perlu jalani kuarantin 14 hari selepas ahli mesyuarat pasca-Kabinet positif Covid-19

"Ujian calitan (swab) dijalankan terhadap kesemua mereka dan didapati negatif. Oleh itu, esok, mereka boleh memulakan semula tugas di pejabat," katanya pada sidang media harian Covid-19 pada Rabu.

Beliau berkata keadaan pegawai yang sebelum ini didapati positif, sudah semakin baik dan ujian calitan mendapati ia negatif. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, Dr Noor Hisham, PM, kuarantin

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain