suria

Malaysia catat 36 kes baharu positif Covid-19, tiada kematian dilaporkan

Sebanyak 36 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Jumaat. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 36 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,855 kes setakat Jumaat.

Daripada 36 kes baharu yang telah dilaporkan, 28 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 40 kes baharu, lelaki dengan sejarah kemalangan korban ke-112 Covid-19

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,304 kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian Covid-19 pada Jumaat.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian setakat hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 112 kes iaitu bersamaan 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 88 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 5,439 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 14 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, harian

Artikel Lain