suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenaikan 6 sen bagi RON95 dan RON97, diesel naik 5 sen

Harga bagi RON95 dan RON97 naik sebanyak 6 sen manakala diesel naik sebanyak 5 sen.

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik enam sen bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.

Harga RON95 naik daripada RM1.25 kepada RM1.31 seliter, manakala RON97 pula naik daripada RM1.55 kepada RM1.61.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga petrol, diesel kekal

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit diesel juga naik lima sen seliter, daripada RM1.40 kepada RM1.45 seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

harga petrol, RON95, RON97, diesel

Artikel Lain