suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

67 kes positif direkod termasuk 49 warga asing, tiada kematian terkini Covid-19

Malaysia catat 67 kes baharu setakat Ahad.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 67 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,656 kes setakat Ahad.

Daripada 67 kes baharu yang telah dilaporkan, 49 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BRKAITAN: Pasar Jalan Othman di PJ lokasi ke-8 diisytihar PKPD

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 108 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 108 iaitu bersamaan 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ahad petang.

Sehingga hari ini, 96 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 5,025 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 18 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia