suria

Lewat dapatkan rawatan, warga Myanmar antara 2 korban terkini Covid-19... Malaysia rekod 54 kes baharu

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Sabtu menyaksikan pertambahan 54 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 5,305 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,115 kes.

Beliau memberitahu, terdapat dua kes kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini.

“Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 88 kes,” katanya pada sidang media, petang Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Sabtu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 49 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 135 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Sabtu.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 3,102 kes,” kata Dr Noor Hisham.

Berikut adalah butiran dua kes kematian pada Sabtu:

1. Kes kematian ke-87 (kes ke-2,657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. 

Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 3.20 petang.

2. Kes kematian ke-88 (kes ke-5, 252) merupakan lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun. 

Beliau telah dirawat di Hospital Selayang pada 17 April 2020 dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru-paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI). 

Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada jam 10 pagi.

positif, Covid-19, kes

Artikel Lain