suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak boleh! Operasi kedai gunting rambut, cermin mata dan bazar tidak dibenarkan sepanjang PKP

Kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

KEDAI gunting rambut dan salun kecantikan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjawab keresahan dalam kalangan rakyat mengenai operasi perniagaan itu yang dibenarkan sebelum ini.

Pelbagai pihak mengemukakan pendapat masing-masing berkaitan operasi kedai gunting rambut misalnya kerana bertentangan dengan arahan penjarakkan sosial yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai gunting rambut, salun di zon hijau sahaja dibenarkan beroperasi

“Kerajaan mendengar pendangan semua rakyat dan mendapat nasihat daripada pakar-pakar.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan iaitu operasi kedai gunting rambut atau salun kecantikan serta kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini,” katanya dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin.

Sementara itu Ismail Sabri yang juga menteri pertahanan memberitahu, perdana menteri juga memutuskan bahawa semua aktiviti bazar di seluruh negara tidak dibenarkan untuk tempoh pelaksanaan tempoh kawalan itu.

Sebelum ini, kedai gunting rambut dan salun yang terletak di 'zon hijau' sahaja boleh dibenarkan untuk beroperasi di bawah PKP fasa ketiga.

Kerajaan pada Jumaat lalu mengumumkan pelanjutan PKP sehingga 28 April, selain mengumumkan beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibenarkan untuk dibuka.

Sektor yang dibenarkan beroperasi termasuk kedai gunting rambut dan salun, kedai elektrik dan elektronik, pembinaan, optometri dan perkakasan (hardware).

Malahan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sendiri tidak bersetuju dengan keputusan awal kerajaan dan meminta supaya operasi perniagaan itu ditangguhkan dalam masa dua minggu lagi.

Kedai gunting rambut, Bazar, PKP

Artikel Lain