suria

Covid-19: Jangan cemas bakal pengantin... Nikah okay, kenduri kahwin kalau boleh tangguh dulu

Majlis perkahwinan boleh dilangsungkan dengan tidak melibatkan kehadiran ramai.Foto: @lensacinta.photography.

PERINTAH Kawalan Pergerakan yang diumumkan demi mengekang wabak Covid-19 ternyata menimbulkan pertanyaan ramai.

Dalam tempoh bermula Rabu sehingga 31 Mac ini, pelbagai acara terpaksa ditunda susulan perintah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Perintah Kawalan Pergerakan, ini 25 sektor perkhidmatan penting negara yang tidak ditutup

Antara yang terkesan tentunya bakal pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan dalam tempoh itu khusunya ketika musim cuti persekolahan.

Antara soalan yang diajukan, adakah pasangan pengantin dibenarkan melangsungkan majlis perkahwinan?

Jika dibenarkan, kehadiran tetamu dalam jumlah yang ramai pastinya boleh membawa risiko penularan wabak berkenaan.

Majlis kahwin yang dihadiri ramai tetamu berisiko menyebabkan penularan wabak Covid-19.

Namun jangan risau, upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak melibatkan kehadiran ramai.

Bagi majlis persandingan dan resepsi serta majlis lain, disarankan untuk ditangguhkan sehingga isu penularan Covid-19 di Malaysia tamat.

Apa yang penting, laksanakan perintah wajib sahaja seperti proses ijab kabul. Majlis lain boleh sahaja ditunda pada tarikh lain setelah wabak ini berakhir.

Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Artikel Lain