suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang 2 hari selepas keluar cari ketam, lelaki dikhuatiri lemas ditemui selamat

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam seorang diri berhampiran sebuah resort dan dikhuatiri lemas telah ditemui selamat. Gambar sekadar hiasan

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di pantai berhampiran sebuah resort di Port Dickson, Negeri Sembilan, ditamatkan tengah malam Selasa, susulan mangsa ditemukan selamat berhampiran kawasan dia dilaporkan hilang.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, mangsa Mohd Fakhrul Fareez Mohd Afandi, 32, ditemukan warisnya pada 12.42 malam di pantai berkenaan dalam keadaan tidak bermaya.

"Petugas operasi yang kemudian memeriksa mendapati mangsa adalah individu yang dicari. Mangsa ditemui selamat dalam keadaan separa sedar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untul rawatan lanjut.

Pada Isnin, media melaporkan Mohd Fakhrul dilaporkan hilang pada 4.30 pagi selepas keluar mencari ketam seorang diri berhampiran sebuah resort di Port Dickson. 

Dia sebelum itu menyertai aktiviti perkelahan di sini bersama seorang saudara dan rakannya pada Ahad.

Susulan kehilangannya, SAR yang membabitkan APM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diaktifkan dengan kawasan pencarian meliputi satu kilometer dengan tumpuan di kawasan pantai Lagun Biru. - Bernama

Artikel Lain